NADI – MAHIR: Mahir Forum Intake 4 Bersama Komuniti (Sesi Terbuka)

6 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

5 Julai 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti forum atas talian NADI – MAHIR: Mahir Forum Intake 4 Bersama Komuniti (Sesi Terbuka).

NADI – MAHIR: Mahir Forum Intake 4 Bersama Komuniti (Sesi Terbuka) telah diadakan bagi memberi penerangan kepada komuniti mengenai program-program NADI MAHIR yang bakal ditawarkan dalam Intake 4. Sesi ini memperkenalkan laluan pembelajaran, objektif setiap kelas serta manfaat yang boleh diperoleh oleh peserta dalam meningkatkan kemahiran digital dan kebolehpasaran.

Selain itu, dua modul baharu turut diperkenalkan iaitu Mahir Microsoft Word, yang memberi fokus kepada penghasilan dokumen profesional, penggunaan fungsi-fungsi penting serta peningkatan produktiviti kerja, dan Mahir Prompt Engineer, yang memberi pendedahan kepada teknik menghasilkan arahan (prompt) yang berkesan untuk memanfaatkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pembelajaran, pekerjaan dan perniagaan. Sesi forum berlangsung secara interaktif dengan penyampaian maklumat, perkongsian pengalaman serta sesi soal jawab bagi membantu komuniti memahami peluang pembelajaran yang disediakan melalui program NADI MAHIR.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali